Tuesday, 19 January 2016

DEFINISI KELUARGA

KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA


DEFINISI  KELUARGA


Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti "anggota","kelompok kerabat".

Setiap manusia yang dikurniakan keluarga seharusnya bersyukur kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Tuhan. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit










Mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga


Mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga

Kita seharusnya mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga. Ia penting kerana:

i) dapat mewujudkan iklim keluarga yang harmoni.

ii) disayangi oleh semua ahli keluarga.

iii) mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga.

iv) mewujudkan budaya hormat-menghormati di dalam keluarga.Kita boleh mengamalkan tingkah laku sopan melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku

.Antaranya ialah

:i) menggunakan kata-kata yang sopan ketika berinteraksi dengan anggota keluarga.

ii) tidak menyampuk atau mencelah ketika anggota keluarga yang lain sedang berbual.

iii) tidak menggunakan kekerasan dengan anggota keluarga yang lebih muda.iv) menggunakan nada suara yang lembut dengan ibu bapa atau anggota keluarga yang lebih tua

.v) ketika berjalan melintasi ibu bapa hendaklah menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit sebagai tanda hormat.Jika kita tidak mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga, kita akan:i) dibenci oleh keluargaii) dipulaukan ahli keluargaiii) tidak mendapat kasih sayang daripada ahli keluarga.





Cara menghargai anggota keluarga 


Kita sebagai anak seharusnya menghargai setiap pengorbanan ibu bapa kerana mereka telah berpenat lelah untuk mencari rezeki dan menyediakan keperluan-keperluan kita. Kita boleh menghargai anggota keluarga kita dengan:
1.menyatakan kasih sayang dan penghargaan terhadap anggota keluarga dengan mengucapkan terima kasih setiap kali menerima pemberian daripada ibu bapa.
2. menghasilkan kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga.
3. menunjukkan kasih sayang dan menghargai anggota keluarga dengan meraikan hari-hari penting dalam hidup mereka seperti hari lahir, hari ibu ataupun hari bapa
.4. sentiasa membantu anggota keluarga.



Mengenal ahli keluarga dan tanggungjawab


Tanggungjawab ayah ialah:
i) mencari nafkah dan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal
   ii) memberi perlindungan
iii) memberi pendidikan

Tanggungjawab ibu ialah:
i) menjaga kebajikan keluarga seperti menyediakan makanan, mengemas rumah, memberi kasih sayang
ii) memberi pendidikan dan pengetahuan
iii) membantu ayah menguruskan rumah tangga

Tanggungjawab anak ialah:
i) mematuhi segala arahan dan perintah ibu bapa
ii) menghormati dan menghargai ibu bapa
iii) belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapa

1. Cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa kita.
a. Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah.
b. Meraikan hari-hari istimewa keluarga seperti harijadi, hari ibu, hari bapa, hari ulang tahun perkahwinan. 
c. Mengambil berat terhadap perasaan dan keperluan mereka. 
d. Sentiasa berada di samping mereka terutama apabila ibu bapa sudah uzur dan tua.

2. Sebab-sebab perlu mengasihi dan menyayangi ibu bapa. 
a. Untuk membalas jasa dan budi mereka yang membesarkan dan mendidik kita. 
b. Untuk menghargai pengorbanan mereka yang telah melahirkan kita ke dunia. 
c. Memupuk sikap saling memerlukan antara satu sama lain. 
d. Untuk mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia. Meraikan hari-hari istimewa keluarga. 

3. Contoh-contoh hari istimewa keluarga. 
a. Hari Ibu -> minggu kedua bulan Mei. 
b. Hari Bapa -> minggu kedua bulan Jun. 
c. Hari Lahir 
d. Hari Ulangtahun perkahwinan 
e. Hari-hari perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Natal, Deepavali. 

4. Kepentingan / kebaikan meraikan hari istimewa keluarga. 
a. Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
b. Menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa. 
c. Mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan. 

5. Cara-cara meraikan hari istimewa keluarga. 
a. Mengadakan jamuan makan. 
b. Memberikan hadiah 
c. Menulis kad ucapan 
d. Keluar berkelah / melancong. 
e. Mengucapkan secara lisan 











HEMAH TINGGI

BERSOPAN SANTUN DALAM PERGAULAN

1. Kita mempunyai nilai berhemah tinggi apabila kita bersopan santun.
2. Kita mestilah bersopan santun dengan semua orang.
3. Apabila kita bersopan, kita disukai rakan-rakan.
4. Rakan-rakan akan  menghormati kita juga.


Cara yang Bersopan dalam Pergaulan

a) Menggunakan panggilan yang sesuai ketika bercakap seperti panggilan pak cik, mak cik, puan, encik, cik, tuan dan sebagainya.
b) Tidak memanggil seseorang dengan panggilan hoi, hei, bodoh, gemuk, pendek, dan sebagainya.
c) Melayan rakan engan mesra.
d) Bercakap dengan bahasa yang halus dan lembut.

Cara Bersopan Menolak Ajakan Negatif

a) Bersopan ketika menolak ajakan tersebut.
b) Memberi alasan yang munasabah.
c) Memberikan pilihan yang baik semasa menolak ajakan tersebut;
    - mencadangkan rakan melakukan aktiviti yang sihat dan lebih selamat.

No comments:

Post a Comment